CYBERJAYA – Pembukaan rasmi pusat beli belah Malakat Mall yang dijadual dibuka pada 1 Mac 2020 ditunda pada 13 Mac 2020.

Perkara itu diumumkan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menerusi Facebook Malakat Mall hari ini.

“Tarikh pembukaan Malakat Mall dengan ini ditunda ke 13 Mac 2020 (Jumaat) bersamaan 18 Rejab 1441 Hijrah, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Ini adalah untuk memastikan kesemua sistem dan fasiliti di dalam dan luar Malakat Mall berada di dalam keadaan sempurna untuk kemudahan para penyokong kami dan orang awam berkunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil mewakili pihak Malakat Mall memohon maaf di atas segala kesulitan.

Katanya, orang ramai boleh melayari Facebook Malakat Mall untuk mengetahui pengumuman dan berita terkini mengenai Malakat Mall.~MBNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *