CYBERJAYA – “Pusat beli belah Malakat Mall adalah Pencetus Kebangkitan Ekonomi Islam,” kata Pengasas pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia, Mohd Fadzil Hashim.

Mohd Fadzil berkata Malakat Mall diwujudkan bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekosistem ekonomi yang sedang berlaku di negara ini khususnya dalam bidang jualan dan peruncitan.

Menurutnya, dalam tempoh 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, nilai pasaran peruncitan di negara ini mencatatkan sejumlah RM110 bilion. Namun kaum Muslim hanya memperoleh lapan peratus daripada manfaatnya.

“Dalam tempoh 62 tahun kita merdeka dalam bidang jualan dan peruncitan, nilai pasaran pada 2019 mencatatkan jualan sebanyak RM110 bilion.

60 peratus hasil dinikmati oleh syarikat asing dan hanya lapan peratus sahaja golongan Muslim mendapat manfaatnya, sedangkan masyarakat Muslim Malaysia merupakan majoriti yang menyumbang kepada hasil tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pra-Pelancaran Malakat Mall di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara tersebut berlaku kerana kebanyakannya pasar raya dan pusat beli belah tidak dimiliki kaum Melayu Muslim, sebaliknya dimiliki bangsa asing.

“Hal ini kerana kebanyakan Melayu Muslim mencari perniagaan dalam sektor kerajaan, GLC dan sebagainya sedangkan bidang peruncitan dipelopori bangsa asing.

Kini apabila kita sedar dan cuba untuk masuk ke pasaran runcit, kita tidak mampu masuk kerana kebanyakan pusat beli belah bukan dimiliki kita,”katanya.

Sehubungan itu Mohd Fadzil berkata Malakat Mall adalah satu inisiatif berstruktur dan berstrategi untuk mengembalikan kekuatan dalam ekonomi.

“Kita ingin memiliki market place tersendiri. Apabila kita mampu dirikan satu market place baru kita mampu bina rantaian pembekalan,” tegasnya.

Malakat Mall akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac depan.

Hadir sama pada Majlis tersebut Pengerusi Eksekutif Setia Haruman, Ahmad Khalif Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya. ~MBNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *