CYBERJAYA – Kempen BMF akan lebih agresif dengan kerjasama antara Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM) dan Koperasi Pembangunan Ummah Negeri Kelantan ( Ko-Ummah).

Dalam satu perkongsian di Facebook rasmi milik Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat. Johari memaklumkan pihaknya menerima lawatan kerja dari barisan kepimpinan Ko-Ummah di Cyberjaya hari ini.

Menurutnya, itu antara langkah pertama kesatuan bersama koperasi pantai timur dalam kempen BMF Malaysia.

“Alhamdulillah. Menerima lawatan kerja daripada barisan kepimpinan Ko-Ummah kepada Koppim Malaysia di Cyberjaya.

“Melalui Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – Pembela, kita akan satukan kekuatan dua koperasi ini bagi menggerakkan Kempen BMF Malaysia,” kongsinya.

Jelasnya, jihad ekonomi itu sebenarnya antara perkara yang apabila bercakap, akan dilaksanakan.

“Kita cakap, kita buat. Pantai Barat+Pantai Timur”, kongsinya lagi dalam hantaran Facebooknya sejam yang lalu.

Kunjungan wakil Ko-Ummah ke Malakat Mall dan Raudhah Ville itu turut disambut oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Brainy Bunch Malaysia, Fazli Rahim. ~MBNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *